KHASIAT SAYUR HIJAU
Cendawan
Halia
Tumbuhan ini berasal dari Asia Selatan (India). Halia (Zingiber officinale) merupakan tumbuhan herba yang tumbuh sepanjang tahun. Hidup liar di ladang-ladang tanah lembab serta memperolehi banyak sinar matahari. Halia mengandungi banyak atsiri, damar, mineral sineol, fellandren, kamfer, gigerol(misalnya di bahagian bahagian merah), zingeron, lipidas, asam aminos, niacin, vitamin A, B1, C dan protien. Minyak halia berwarna kuning dan kental. Minyak ini kebanyakkannya mengandungi terpen, fellandren dan dextrokamfen. Menurut farmakologi Belanda, umbi Zingiber officinale mengandungi 6% bahan ubat-ubatan yang sering digunakan sebagai rumusan ubatan di 23 buah negara. Sejak dahulu lagi, halia dipergunakan sebagai ubat atau bahan untuk memasak. Halia boleh meransangkan kelenjar pencernaan, baik untuk membangkitkan nafsu makanan dan pencernaan.
Kucai
Kucai adalah sejenis sayuran yang menyerupai pokok bawang yang berasal dari keluarga Lili. Tumbuhan ini busuk baunya tetapi sedap dimakan sama ada sebagai sayur atau ulam. Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. Ia dapat mengubati penyakit seperti senggugut, keputihan, darah tinggi dan sembelit. Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh bakteria dalam usus dan menjadi peransang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah. Cara penggunaannnya adalah menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian kacau dengan air panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih berkesan sekiranya diminum setiap pagi.
0 ulasan:
Catat Ulasan